Projek Pembinaan Masjid Darul Ulum
MASJID DARUL ULUM yang dahulunya berfungsi sebagai surau telah dinaiktaraf sebagai Masjid Kariah bermula pada 12 Mei -2016. Bangunan Masjid yang terletak di tanah Lot 25504, Jalan MP 24, Kampung Matang Pagar, Selangor telah digunakan sebagai Surau Solat Jumaat (sementara) semenjak 24 Oktober 2000. Dengan kepesatan penduduk dari taman-taman perumahan persekitaran yang baru dan sedia ada, masjid tidak lagi dapat menampung limpahan jemaah terutama pada waktu Solat Jumaat, Solat Hari Raya dan ketika mailis-majlis keagamaan diadakan. Struktur bangunan masjid yang telah dibina pada tihun 1994 dan diguna pakai sehingga sekarang juga telah uzur dan daif.
Pelan bangunan yang baru dicadangkan boleh menampung sejumlah 1500 jemaah dan kos pembinaan dianggarkan RM6.5 juta. Pihak masjid masih kekurangan dana dan oleh itu Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Darul Ulum dengan rendah diri memohon sumbangan ikhlas dari Syarikat-syarikat, Yayasan-yayasan, dan orang perseorangan yang prihatin dengan tujuan ini. Kelulusan daripada pihak berwajib telah diperolehi. Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan kepada Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dengan menulis cek, bank deraf atau dikreditkan terus ke akaun bank. Sumbangan wakaf dikecualikan Cukai Pendapatan Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Segala sumbangan bagi merealisasikan usaha ini didahului dengan jutaan terima kasih dan Jazakallah Khairan Khathira dan kami mendoakan semoga amal ikhlas ini akan diberi ganjaran pahala yang berterusan dan berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T
Infaq & Sumbangan Anda Amat Diperlukan
Pihak Masjid Darul Ulum dengan rendah diri memohon sumbangan ikhlas dari Syarikat-syarikat, Yayasan-yayasan, atau individu yang perihatin dengan Pembinaan Masjid Darul Ulum yang baru.
Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan kepada Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dengan cara klik butang berikut untuk mengisi borang secara online.
Hubungi AJK Pembangunan Masjid Darul Ulum
016-2052571 : Hj. Shuhaimi Bin Yunus
019-3107431 : Hj. Azizan Bin Abd. Rahman
012-2087180 : Nazri Bin Shahudin
012-2347867 : Hj. Ismail Bin Haron
012-2683899 : M. Khijazi Bin Abd Hamid
Untuk pengeluaran resit rasmi bagipelepasan cukai atau sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor tertera di atas atau menerusi saluran online di Facebook Page Masjid Darul Ulum